Connect with us

Oh! Media

(Video) Akhirnya Jiran Buka Mulut Selepas Wanita Ini Difitnah Minta Perlahankan Laungan azan

Trending

(Video) Akhirnya Jiran Buka Mulut Selepas Wanita Ini Difitnah Minta Perlahankan Laungan azan

Tular di media sosial, satu klip video seorang wanita menyerang sebuah surau kerana tidak tahan dengan laungan Azan yang yang telah dipasang dengan kuat. Perkongsian klip video itu juga dikatakan telah berjaya mendapat jumlah tontonan sehingga berpuluh ribu dalam masa beberapa jam sahaja.

ADVERTISEMENT
Antara posting Facebook yang tular sebelum ini.

Rata-rata netizen telah menunjukkan rasa marah dan tidak berpuas hati dengan wanita itu, sedangkan dia seorang muslim yang tidak seharusnya berkelakuan begitu. 

Namun, menurut laman Facebook Penang Kini baru-baru ini, dakwaan tular kononnya wanita datang ke surau kawasan Tanjung kerana laungan azan yang kuat adalah tidak benar.

Isu ini juga dikatakan telah lama berlarutan sehinggakan pihak pejabat agama menyuruh wanita itu untuk pergi dan berbincang tentang masalah itu dengan pihak surau berkenanan.

Malah, sorang individu yang juga merupakan jiran kepada wanita itu telah tampil untuk menceritakan hal sebenar mengapa wanita tersebut datang ke surau dan meminta diperlahankan pembesar suara sewaktu azan Asar.

Silap info rasanya tuan-tuan, puan-puan. Video ini pun hanya diambil sekerat dan sebelah pihak sahaja…jaga-jaga jari jemari yang menaip penuh hendak minta ampun kalau jatuh fitnah.

Saya berjiran dengan cikgu ini. Tahulah serba sedikit cerita ini. Perkara ini sudah lama. Cuma video ini baru dirakam.

Rumah dia tidak jauh dari surau dan dia duduk di rumah ini dekat 35 tahun.

Rumah cikgu ini beli dekat sahaja dengan surau satu minit pun tidak sampai dengan berjalan kaki. – Kata individu itu. 

Menurut perkongsian itu lagi, sewaktu kejadian, bacaan al-Quran yang dipasang di surau berkenaan dipasang secara maksimum.

Sebelum ini tidak ada masalah, cuma sewaktu kejadian itu sahaja yang menjadi masalah disebabkan cikgu ini bekerja. – Katanya.

Individu itu turut menekan bahawa, bukanlah azan yang diminta untuk diperlahankan tetapi wanita berkenaan yang merupakan pensyarah telah meminta supaya bacaan al-Quran sewaktu Asar diperlahankan kerana pada maktu itu wanita berkenaan perlu mengendalikan kelas secara dalam talian.

Sewaktu kejadian, bacaan al-Quran yang dipasang di surau tersebut dipercayai telah dipasang dalam keadaan maksimum sehingga mengganggu kelas yang dikendalikannya.

Selepas tersebarnya kisah sebenar mengenai pensyarah itu, rata-rata netizen di laman Twitter dilihat telah meluahkan rasa kecewa dengan sikap AJK surau tersebut.

https://twitter.com/my_crimewatch/status/1373286807924699139?s=21

Seharusnya pihak pengurusan masjid dan surau perlu faham tanggung jawab mereka terutama kepada kariah mereka. Dalam hal ini pihak berkuasa seperti jabatan agama perlu memantau, mendidik serta memberikan bimbingan kefahaman yang betul terhadap pihak pengurusan supaya isu-isu sebegini tidak akan berlaku lagi. Wallahu a’lam.

Kredit: My_crimewatch

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas