Connect with us

Oh! Media

“Akhirnya Bersatu Semula” – Keluarga Kongsi Momen Sayu Ibu Bapa Zayn Rayyan Selepas Pulang Ke Rumah

Trending

“Akhirnya Bersatu Semula” – Keluarga Kongsi Momen Sayu Ibu Bapa Zayn Rayyan Selepas Pulang Ke Rumah

Tular di media sosial rakaman video dimuat naik ahli keluarga menunjukkan momen sayu ibu bapa Zayn Rayyan berpelukan dengan datuk dan nenek selepas dibenarkan bebas hari ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Ibu Bapa Zayn Rayyan Boleh Sambut Aidiladha Bersama Keluarga

Pertemuan mereka berlaku di rumah selepas datuk dan nenek dibenarkan pulang dengan jaminan polis kira-kira jam 2.30 petang.

Dalam video pendek itu, ahli keluarga mengucapkan syukur kerana mereka akhirnya bersatu semula selepas ujian hebat yang menimpa.

Dapat dilihat ibu kepada Zaim Ikhwan memeluk erat menantunya Ismanira dengan penuh rasa kasih sayang.

Di ruangan komen, orang ramai turut sebak melihat momen hiba keluarga berkenaan. Mereka berdoa semoga keluarga ini terus diberikan kekuatan.

Kredit: TikTok Fara Mozafna

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas