Connect with us

Oh! Media

Akaun 3 KWSP Dibuka Hari Ini, Ketahui Cara Pemindahan Sebelum Memohon

Trending

Akaun 3 KWSP Dibuka Hari Ini, Ketahui Cara Pemindahan Sebelum Memohon

Berita baik buat semua ahli pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana permohonan pemindahan dibuka hari ini!

ADVERTISEMENT

Seperti yang kita tahu, Akaun 3 ini adalah akaun baru yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan dan bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek.

BACA: Akaun 3 KWSP Akan Dibuka, Ini Syarat Dan Cara Memohon

Menerusi laporan eCentral, pencarum perlu mengetahui cara-cara sebelum lakukan pemindahan dari akaun 2 (Akaun Sejahtera) ke Akaun 3 (Akaun Flexible).

Tapi, semua kena ingat yang pemindahan ini hanya boleh dilakukan sekali sahaja dan tidak boleh dibatalkan.

Cara-cara pemindahan

Meh sini kami tunjuk cara-cara untuk membuat pemindahan ni supaya korang tak pening.

  1. Login I-Akaun.
  2. Anda akan melihat laman utama I-Akaun Anda.
  3. Klik pada Ketahui Lanjut (Atas Kiri).
  4. Penerangan diberikan sebelum anda melakukan pemindahan.(Dibaca)
  5. Klik Teruskan.
  6. Sekiranya anda memahami penerangan tersebut dan ingin melakukan pemindahan, klik “Pindah Sekarang”.
  7. Klik Teruskan.
  8. Anda akan dimaklumkan mengenai jumlah SEBELUM pemindahan dan SELEPAS pemindahan.
  9. Klik Teruskan sekiranya anda bersetuju dengan jumlah yg boleh dipindahkan dan memahami terma dan syarat-syaratnya.
  10. Perakuan Ahli – Klik Terima.
  11. Klik “Ya” sekiranya anda pasti dengan pilihan anda.
  12. Pilihan pindahan berjaya (Kelulusan 3-5 hari bekerja).

Pilihan pindahan amaun ini boleh dibuat bila-bila masa sahaja. Apa-apa pun ahli pencarum kena ingat, tarikh akhir untuk lakukan pemindahan ini pada 31 Ogos 2024 tau!

Kredit: eCentral

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas