Connect with us

Trending

“Adegan Yang Ternyata Undang Maksiat, Melampui Batas”- Idris Ahmad

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad menghela nafas panjang dengan paparan klip video ‘teaser’ drama tempatan yang dilakonkan oleh Zul Ariffin.

BACA: Zul Ariffin Dikecam Teruk Lepas Kongsi Babak Panas, Netizen Kata Geli Tengok

IKLAN

Beliau dalam satu kenyataan di Facebook berkata, di bulan Ramadan, orang ramai sepatutnya mempersiapkan diri dengan keinsafan dan menjauhkan diri daripada maksiat.

Apabila sebuah drama yang telah ditular untuk ditayangkan dalam bulan yang sepatutnya ditunggu oleh seluruh manusia yang beriman bagi mengejar taqwa, namun seolah dicemari dengan kegusaran yang saya kira melampui batas yang perlu ditegur.

Ujar beliau lagi, industri hiburan di Malaysia tidak dihalang namun jika telah mencemarkan fitrah dalam agama, beliau tidak akan membiarkankan tanpa dinasihati.

Tatacara hiburan dalam Islam pastinya terdapat disiplin yang tegas, apatah lagi melibatkan ikhtilat yang berlebihan dengan adegan yang ternyata mengundang maksiat.

Beliau akan menghubungi pihak yang terlibat supaya perkara sebegini boleh ditegah dan diubah dengan hikmah.

Kenyataan penuh:

Kredit: Facebook Idris Ahmad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas