Connect with us

Trending

4 Hari Ketuai Misi Mencari Mangsa Tanah Runtuh, Pengarah Bomba Selangor Diserang ‘Minor Stroke’

Hari ini sudah pun masuk hari keempat bagi tragedi tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan yang terletak di Batang Kali.

BACA: Tragedi Tanah Runtuh: Warga Emas Kehilangan 4 Ahli Keluarga Sekaligus

IKLAN

Sepanjang empat hari ini, pasukan penyelamat masih lagi berusaha sedaya upaya untuk mencari sembilan lagi mangsa yang belum dijumpai.

Pengarah Bomba Selangor dimasukkan ke hospital

Terbaru, Jabatan Bomba Selangor memuat naik satu ciapan di Twitter memaklumkan bahawa Pengarah JBPM Negeri Selangor, Dato’ Haji Norazam Khamis dimasukkan ke hospital.

Menerusi ciapan tersebut, Norazam disahkan mengalami kepenatan dan diserang ‘minor stroke’ dipercayai akibat terlalu penat ketika mengetuai misi menyelamat mencari mangsa tanah runtuh.

Dimaklumkan bahawa Dato’ Haji Norazam Khamis Pengarah JBPM Negeri Selangor dimasukkan ke Hospital Selayang akibat keletihan & minor stroke pada jam 6 petang.

Alhamdulillah Dato’ berada dalam terkawal & masih sedarkan diri. Semoga diberikan kesembuhan segera.

Di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan agar Dato’ Norazam Khamis diberikan kesembuhan dan berterima kasih atas khidmat yang diberikannya.

Kredit: Twitter Bomba Selangor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis sambilan di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas