Connect with us

Trending

2 Tahun Gagal Dapat Kerja, Pemuda Gant*ng Diri Kerana Kemurungan

Seorang lelaki berusia 25 tahun yang dikenali sebagai HD, ditemui maut kerana mengalami kemurungan akibat gagal mendapatkan pekerjaan.

Menerusi laporan Detik, kejadian ini berlaku di Kecamatan Candi, Sidoarjo pada hari Isnin, sekitar jam 8 pagi.

IKLAN

Ketua polis Candi Pesuruhjaya Eka Aggriana berkata, mayat mangsa ditemui oleh ibunya di dalam bilik tidur.

Kebiasaannya mangsa yang sering membuka pintu ketika ibu bapanya pulang kerja. Tetapi pada hari kejadian, tiada siapa yang membukanya, kata Eka Aggriana.

Selepas tiada yang membuka pintu, difahamkan ibu mangsa mencari anaknya di bilik tidur tetapi pintu bilik itu dalam keadaan berkunci.

Walaubagaimanapun, ibu bapa mangsa cuba untuk memecahkan pintu bilik mangsa, pada saat itu mereka terkejut kerana melihat mangsa dalam keadaan yang tergantung.

Setelah ibu bapa menemui jasad mangsa, mereka memutuskan tali gantung tersebut dan membawa mangsa ke ruang tamu.

Daripada cerita orang tuanya, difahamkan, mangsa sudah dua tahun menamatkan pelajaran di sebuah Universiti dan selama itu dia langsung tidak mendapat pekerjaan.

Sebenarnya pihak keluarga sudah berusaha untuk mencarikan pekerjaan untuknya, tetapi sehingga saat ini mangsa masih belum mendapatkannya, jelas Eka Aggriana.

Mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Bhayangkara Porong untuk pemeriksaan lebih lanjut.

Jap!


Penulis separuh masa di OhMedia | Suka menjelajah dunia

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas