Connect with us

Oh! Media

“Bosanlah, YB! Kantoi Salah, Minta Maaf, Mohon Disiasat. Lepas Tu Habuk Pun Tarak.” – Netizen

Trending

“Bosanlah, YB! Kantoi Salah, Minta Maaf, Mohon Disiasat. Lepas Tu Habuk Pun Tarak.” – Netizen

Viral semalam di Twitter satu permohonan maaf dari ADUN Ketari, Young Syefura Othman selepas dirinya dituduh netizen melanggar SOP sewaktu PKPB. Eh, biar betul YB?

ADVERTISEMENT

Ia berikutan selepas beliau upload gambarnya di Instagram sedang berkelah dan sambut birthday rakannya di sebuah pantai di Selangor. Yang spoilnya dalam gambar tersebut, YB tak pakai mask dan tiada penjarakan sosial. Alamak!

Bila dah dilihat oleh netizen, memang ramai lah yang jadi tak puas hati. Tambah-tambah lagi, YB Young Syefura adalah antara orang yang lantang mengkritik Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin, sewaktu beliau langgar arahan kuarantin dulu. Tapi sekarang, YB pun macam buat isu yang sama je hm.

Walaupun beliau dah pun membuat permohonan maaf, tapi mesti ramai netizen yang marah. Sebabnya, kalau orang biasa yang buat macam tu, mesti dah terus kena saman RM1000. Tapi, bila orang atasan yang buat, senyap dan dapat lepas macam tu je. Bukan ke kerajaan kata penetapan SOP adalah untuk semua individu?

Tapi, kita nak bising-bising pun, bukan ada kuasa nak ubah peraturan. YB pun dah mohon maaf secara terbuka. Apa tindakan selanjutnya, kita tunggu dan lihat saje lah ya.

Kredit: Berita Harian

OHMEDIA: KORANG TERUSKAN IKUT SOP YA, SEBAB KITA BUKAN YB HEHEHE

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas