Connect with us

Oh! Media

WHO Luluskan Covaxin Keluaran India Jadi Vaksin Ketujuh?

covaxin

Trending

WHO Luluskan Covaxin Keluaran India Jadi Vaksin Ketujuh?

Vaksin keluaran Bharat BioTech, India, Covaxin telah diberi kelulusan penggunaan kecemasan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

ADVERTISEMENT

BACA: Saintis Cipta Satu Vaksin Untuk Lawan Semua Koronavirus?

Menerusi laman Utusan, Bharat BioTech dibenarkan untuk membekalkan vaksin ini kepada negara-negara yang dibawah panduan penggunaan WHO.

Berkesan mencegah jangkitan Covid-19

covaxin
Penerima Covaxin di India (Foto: Utusan)

WHO menyatakan bahawa vaksin keluaran Bharat BioTech ini mampu untuk mencegah jangkitan Covid-19 mengikut piawaian yang ditetapkan. Dengan adanya vaksin terbaru ini, ia dapat memberi peluang kepada penduduk India untuk melancong ke luar negara setelah lengkap dos vaksinasi.

Kumpulan Penasihat Pakar Strategik Imunisasi WHO telah meneliti Covaxin dengan sebaiknya, dan mencadangkan pengambilan dua dos vaksin, selang masa empat minggu bagi golongan berumur 18 tahun ke atas.

Covaxin merupakan vaksin ketujuh yang dapat kelulusan dari WHO selepas vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech, Moderna, AstraZeneca, Johnson & Johnson, Sinovac dan Sinopharm.

Semoga dengan adanya vaksin baru ini, diharapkan ramai penduduk di India berpeluang untuk dapatkan suntikan vaksin Covid-19 dan mengurangkan penularan Covid-19 daripada berleluasa.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas