Connect with us
feri

Oh! Tidak

Warga Emas Terjatuh Dalam Laut Semasa Melangkah Untuk Naik Feri Ke Pulau Tioman

Tular rakaman video di media sosial menunjukkan keadaan kecoh apabila seorang wanita warga emas didakwa terjatuh ke dalam laut semasa mahu menaiki feri.

warga emas

Dalam video yang dimuat naik mStar, kelihatan dua orang lelaki terjun ke laut menyelamatkan warga emas yang terjatuh itu.

IKLAN

Saksi kejadian berkata, ketika dibawa naik ke jeti mangsa berada dalam keadaan trauma dan kesejukan.

Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan dibawa ke klinik berhampiran untuk rawatan lanjut.

Berdasarkan sumber, warga emas berkenaan menaiki feri di terminal Mersing untuk ke Pulau Tioman. Belum sempat melangkah masuk, feri didakwa bergerak menyebabkan mangsa terjatuh.

Menerusi video, kedengaran perakam mempersoalkan aspek keselamatan apabila feri dikatakan tidak dilengkapi pelantar kayu untuk melangkah.

Tak ada safety langsung, letak la pelantar kayu. Benda bangang. Mak ada? Mak ada mak ada.

Di ruangan komen, pelbagai respon yang ditinggalkan netizen berhubung kejadian ini. Mereka memohon terminal feri menyemak kembali prosedur untuk menjamin keselamatan penumpang.

feri

Jap!


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas