Connect with us

Oh! Media

Warga Emas Sibuk Berkaraoke Tengah Malam Ditahan

Trending

Warga Emas Sibuk Berkaraoke Tengah Malam Ditahan

Anggota polis menahan sepuluh individu yang membabitkan lima wanita dan lima lelaki termasuk warga emas ketika sedang sibuk berkaraoke di sebuah bangsal Kampung Pasir Parit, Pasir Mas, Kelantan malam tadi. 

ADVERTISEMENT

BACA : Cikgu Wanita Ditahan Hantar Video Lucah Kepada Anak Muridnya

Menurut laporan Berita Harian, mereka yang ditahan adalah antara 31 tahun sehingga 66 tahun itu dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir.

Tiga wanita positif dadah

Selepas ujian saringan air kencing dibuat, tiga wanita yang masing-masing berusia 39 tahun sehingga 46 tahun didapati positif dadah jenis methamphetamine. Bukan tu jer, mereka juga dikatakan mempunyai rekod jenayah lampau yang juga membabitkan dadah.

Hasil soal siasat terhadap penganjur mendapati aktiviti hiburan itu dijalankan sejak lebih setahun lalu sebanyak tiga kali seminggu bermula jam 9 malam hingga 2 pagi tanpa permit atau lesen sah.

Penganjur juga dikatakan hanya membuka tempat karaoke itu kepada kenalan saja dan tidak memgambil sebarang bayaran untuk berkaraoke kecuali bagi makanan atau minuman yang pelanggan minta.

Kesemua sepuluh individu berkenaan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas