Connect with us

Oh! Media

Warga Emas ‘Perkosa’ Kambing Sampai Mati Didakwa Hari Ini

Kambing

Trending

Warga Emas ‘Perkosa’ Kambing Sampai Mati Didakwa Hari Ini

Sebelum ini, seorang lelaki warga emas direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes hubungan seks luar tabii dengan seekor kambing betina sehingga haiwan itu mati. 

ADVERTISEMENT

BACA : Dakwaan ‘Perkosa’ Kambing Hingga Mati, Warga Emas Direman 7 Hari

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Sungai Buaya, Serendah dan disedari pemilik kambing kira-kira jam 1.30 tengah hari selepas mendengar bunyi pelik.

Menurut laporan Harian Metro, warga emas tersebut akan didakwa pada pukul 9 pagi hari ini di Mahkamah Majistret dan perkara ini dikatakan sendiri Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Ridzuan Khalid.

Warga emas yang berusia 60 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan (Persetubuhan luar tabii dengan haiwan). 

Terdahulu, kambing tersebut dilaporkan sudah dihantar ke makmal Jabatan Veterinar untuk analisis dan bedah siasat selepas sepasukan anggota daripada Unit Forensik Polis Selangor serta Jabatan Veterinar Kuala Kubu Bharu telah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas