Connect with us

Oh! Media

Warga Emas Maut Dijangkiti Covid-19, Mayat Ditemui Reput Dalam Rumah

Trending

Warga Emas Maut Dijangkiti Covid-19, Mayat Ditemui Reput Dalam Rumah

Seorang lelaki warga emas yang dipercayai dijangkiti Covid-19 ditemui maut dalam keadaan reput di ruang tamu rumahnya.

ADVERTISEMENT

BACA: Warga Emas Maut, Kereta Dipandu Langgar Tembok Penghadang Tol

Memetik laporan daripada Kosmo, mangsa yang berusia 68 tahun dikenali sebagai Mat Daud Che Deraman merupakan seorang bapa tunggal dijumpai terbaring di ruang tamu selepas jirannya terhidu bau busuk.

Mangsa yang tidak bekerja difahamkan tinggal seorang diri selepas kematian isterinya empat tahun lalu.

Dalam pada itu, menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, jirannya sebelum ini berasa begitu curiga selepas sudah tiga hari tidak melihat kelibat warga emas tersebut.

Jiran mangsa mendapati ada bau busuk di kawasan rumah lelaki itu sejak tiga hingga empat hari yang lalu.

Selain itu, jiran-jiran lain yang tinggal berhampiran rumah mangsa juga tidak melihat warga emas itu. Saksi yang tidak sedap hati telah pergi ke rumah mangsa dan mendapati pintu rumah tidak berkunci sebelum melihat mangsa terbaring dalam keadaan terlentang di ruang tamu.

Tambah Choon Foo lagi, tiada unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa selepas pemeriksaan lanjut dibuat di tempat kejadian.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Gua Musang bagi proses bedah siasat.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas