Connect with us

Oh! Media

Warga Emas Ditikam Sampai Mati Dengan Lelaki Mabuk

Trending

Warga Emas Ditikam Sampai Mati Dengan Lelaki Mabuk

Berlaku lagi satu kematian yang berpunca dari individu mabuk dan kali ini ia melibatkan seorang lelaki yang mengamuk dalam keadaan mabuk sehingga menikam seorang warga emas dengan sebilah pisau sampai mati.

ADVERTISEMENT

Kejadian ini dilaporkan di Jalan Pinang, Taman Kota, Kulai dan Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow memaklumkan telah menahan suspek sebaik menerima aduan.

Tangkapan ini dilakukan selepas menerima aduan daripada seorang lelaki pada jam 3.55 petang berhubung satu pergaduhan bersenjatakan pisau di sebuah homestay di taman berkenaan.

Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Balai Polis Kulai pergi ke tempat kejadian dan menjumpai mangsa berusia 78 tahun dalam keadaan terbaring dengan beberapa kesan tikaman. – Katanya.

Mangsa ditikam dibahagian perut semasa suspek di bawah pengaruh alkohol dan pihak polis mendapati suspek ada dua rekod jenayah lampau dan penyalahgunaan dadah.

Hukuman untuk kejadian ini adalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika disabit bersalah boleh dihukum gantung sampai mati.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas