Connect with us

Oh! Media

Asalnya Mahu Ke Bangladesh, Tapi Tiba-Tiba Pula Tersampai Sungai Buloh…

Oh! Tidak

Asalnya Mahu Ke Bangladesh, Tapi Tiba-Tiba Pula Tersampai Sungai Buloh…

Rasanya semua dah tahu tentang prosedur penerbangan untuk ke luar negara. Semua penumpang yang ingin masuk atau keluar dalam sesebuah negara, perlu tunjuk hasil ujian saringan Covid-19 sebelum mendaftar masuk ke dalam ‘departure hall’. Tapi, tak sangkakan rupanya masih ada lagi individu-individu yang degil dan berkeras kepala. 

Semalam, petugas di kaunter Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dilaporkan telah berjaya menahan dua orang warganegara Bangladesh yang disahkan positif Covid-19.

Kedua-dua warganegara Bangladesh itu dikatakan mahu melakukan mendaftar masuk untuk menaiki penerbangan Malindo Air untuk pulang ke negara asal mereka pada pukul 9 malam. Tapi, cubaan mereka gagal apabila petugas di kaunter mendapati slip ujian saringan Covid-19 kepada kedua-dua mereka positif Covid-19.

Anggota polis yang membuat rondaan ketika itu sudah menghubungi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut dan sepasukan petugas KKM yang lengkap memakai pakaian pelindung diri (PPE) tiba di lokasi beberapa minit kemudian.

Kedua-dua mereka yang berusia dalam lingkungan 20 tahun itu telah pun menyerahkan ujian slip saringan Covid-19 yang dilakukan di sebuah klinik swasta dan menurut Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman, kedua-dua warga Bangladesh itu sudah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan susulan.

Yang dekat luar sana tu, tolong la faham kenapa orang buat prosedur-prosedur tu dekat ‘airport’. Ini semua demi menjaga keselamatan dan nyawa semua juga, bukannya saja-saja dibuat.

Hidup tu kalau boleh, janganlah menyusahkan orang lain ‘bro’.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top