×
Puasa Barakah Bersama
Connect with us

Oh! Media

Warga Asing Selamba Curi Bekalan Air Dan Elektrik Selama 7 Tahun Di Bukit Puchong

Oh! Tidak

Warga Asing Selamba Curi Bekalan Air Dan Elektrik Selama 7 Tahun Di Bukit Puchong

Baru-baru ini pihak Imegresen dilaporkan telah berjaya membongkar satu lagi penempatan warga asing yang dipercayai telah wujud dalam negara sejak tahun 2015.

Menurut laporan Kosmo, sekumpulan warga asing itu telah menjadikan lokasi hutan dan lereng bukit di Bukit Puchong sebagai penempatan mereka sejak 7 tahun yang lalu.

Serbuan Ops Bersepadu yang dijalankan telah berjaya menahan seramai 63 warga asing dan daripada jumlah itu, seramai 43 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang terdiri daripada 33 warga Indonesia serta 10 warga Bangladesh dikatakan berusia 25 hingga 50 tahun.

Siasatan awal mendapati antara kesalahan yang dikesan adalah tiada sebarang dokumen pengenalan diri. – Kata Ketua Pengarah Imigresen.

Berdasarkan pemerhatian pada keadaan rumah dan laluan denai yang terdapat di situ, lokasi penempatan haram itu dipercayai telah dibina dan dihuni sejak enam ke tujuh tahun lalu.

Sebahagian daripada warga asing yang diperiksa dalam serbuan ke atas penempatan haram warga asing di Bukit Puchong malam tadi.

Keluasan penempatan haram ini dianggarkan seluas kira-kira tiga ekar di kawasan lereng bukit dan mereka juga dikesan membuat sambungan haram untuk mencuri bekalan air serta elektrik bagi kegunaan seharian.

Ada di antara PATI yang menetap di sini bekerja di kawasan pembinaan dan kedai makan malah soal siasat mendapati segelintir daripada mereka berpindah ke sini setelah hilang pekerjaan susulan penularan Covid-19 dan tidak mampu membayar sewa rumah. 

Keadaan penempatan haram yang daif itu juga boleh menjadi punca wabak Covid-19 merebak, oleh itu pihak Imigresen juga dikatakan akan memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melakukan kerja-kerja perobohan.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top