Connect with us

Oh! Media

Warga Asing Pujuk & Liwat Remaja Lelaki, Sempat Beri RM5 Sebagai Ganjaran

Oh! Tidak

Warga Asing Pujuk & Liwat Remaja Lelaki, Sempat Beri RM5 Sebagai Ganjaran

Pengalaman ke kedai runcit seorang remaja lelaki bertukar menjadi tragedi apabila dia dikatakan telah diliwat oleh seorang pekerja kedai runcit di Kota Kinabalu.

ADVERTISEMENT

Terbaru, dilaporkan seorang pembantu kedai warga Pakistan telah ditahan kerana disyaki meliwat seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.

Suspek yang berusia 20 tahun itu telah ditahan oleh sepasukan anggota polis pada jam 11.17 pagi Selasa lalu, sebaik saja keluarga mangsa membuat laporan polis.

Siasatan awal mendapati kejadian yang dipercayai berlaku pada jam 10.25 pagi itu  bermula apabila mangsa yang mahu membeli minuman dikatakan telah pergi ke kedai runcit tempat suspek bekerja di pekan Telipok pada 5 Mac lalu.

Namun, ketika hendak membayar suspek telah memujuk mangsa untuk masuk ke bahagian kaunter dan meminta mangsa untuk memegang kemaluannya.

Suspek kemudian membuka seluarnya dan meliwat mangsa.

Selepas selesai, suspek memberikan minuman dan wang RM5 sebagai ganjaran, sebelum mangsa pulang ke rumahnya. – Kata Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji.

Habibi berkata, mangsa kemudiannya telah pulang dan menceritakan mengenai kejadian itu kepada ahli keluarganya, sebelum mereka membuat laporan polis pada 8 Mac lalu.

Suspek kini direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan. – Katanya.

Kredit: Berita Harian


Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top