Connect with us

Oh! Media

Wanita Terkejut MySejahtera Tiba-Tiba ‘Merah’, Rupanya Orang Lain Yang Positif

Trending

Wanita Terkejut MySejahtera Tiba-Tiba ‘Merah’, Rupanya Orang Lain Yang Positif

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia bagi membantu dalam pengawasan penularan wabak di dalam negara.

ADVERTISEMENT

BACA: MySejahtera Dikemaskini, Status Vaksinasi Dipapar Selepas Imbas Kod QR

Terbaharu, aplikasi ini juga telah dikemaskini dengan penambahan kemudahan paparan status vaksinasi dan risiko pengguna selepas diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Selain itu, sebuah butang Check Out juga telah ditambah bagi menambah baik usaha menjejaki kontak rapat ketika keluar dari sesebuah premis.

MySejahtera tiba-tiba ‘merah’

Disebalik penggunaan aplikasi itu, terdapat juga sebuah kejadian aneh yang tular di media sosial apabila seorang pengguna keliru dengan statusnya.

Hal itu selepas aplikasi itu mengemas kini datanya kepada individu dijangkiti secara tiba-tiba, tetapi individu lain yang melakukan ujian dan positif virus berkenaan.

Kejadian aneh itu dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama @ctnurhidaya yang memaklumkan bahawa kakaknya telah menjadi mangsa selain mengakui pihak MySejahtera telah melakukan kesilapan.

Hello @my_sejahtera, individu Nurul Ashikin Abdul Ghani guna kad pengenalan kakak saya untuk buat ujian Covid-19 di Johor.

Tambahnya lagi, kakaknya kini tidak dapat mengimbas MySejahteranya di mana-mana kerana perbuatan individu tersebut.

Kakak saya bernama Nurul Ashikin Abdul Ghaib kini bekerja di Sandakan, Sabah. Kini, aplikasi MySejahtera kakak saya yang dikemas kini, dia tidak boleh mengimbas aplikasinya itu berikutan kesilapan individu tersebut.

https://twitter.com/ctnurhidaya/status/1437232213666402309

Salah guna nombor kad pengenalan?

Difahamkan, pihak klinik yang melakukan ujian saringan terhadap individu bernama Nurul Ashikin Abdul Ghani memberitahu bahawa individu itu telah memberikan info peribadi seperti nombor kad pengenalan yang sama seperti kakaknya cuma nama bapa yang berbeza.

Menerusi hantarannya itu, pihak klinik juga sedang mencari nombor telefon individu berkenaan bagi menyelesaikan masalah yang berlaku.

Netizen kongsi pengalaman sama

Menjengah pada ruangan komen, terdapat beberapa netizen yang berkongsikan kisah yang sama melibatkan kesilapan kemas kini dari aplikasi tersebut.

Buat laporan polis

Terdapat juga netizen yang menyarankan agar wanita tersebut segera membuat laporan kepada pihak polis kerana bimbang akan perkara sama berulang.

Bagaimanapun, wanita tersebut turut mengucapkan terima kasih kepada netizen yang memberikan banyak nasihat dan mengharapkan isu ini dapat diselesaikan segera.

Kredit: Kosmo! I Twitter @ctnurhidaya

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas