Connect with us

Oh! Media

Disahkan Tidak Boleh Mengandung, Wanita Terkejut Diberitahu Dia Sebenarnya Seorang Lelaki

Trending

Disahkan Tidak Boleh Mengandung, Wanita Terkejut Diberitahu Dia Sebenarnya Seorang Lelaki

Seorang ‘wanita’ di China terkejut apabila doktor memaklumkan bahawa dia bukanlah seorang perempuan seperti yang dia sangkakan selama ini.

ADVERTISEMENT

Setelah hampir 25 tahun hidup di dunia, akhirnya wanita itu mendapat tahu dia sebenarnya merupakan seorang lelaki itupun setelah dia mendapatkan rawatan akibat pergelangan kakinya yang terseliuh

Menurut Global Times, rahsia itu terbongkar ketika Pingping yang berasal dari wilayah Zhejiang dekat timur China itu melakukan pemeriksaan di Hospital Universiti Zheijiang.

Pada mulanya, dia dikatakan telah pergi ke hospital itu untuk mendapatkan rawatan kerana terseliuh pada pergelangan kaki.

Hasil pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati Pingping tidak mempunyai rahim atau ovari dan sebaliknya pula, dia hanya mempunyai alat kelamin wanita ‘yang belum matang’ dan kromosom Y lelaki.

Doktor juga gagal menemui testis tersembunyi di dalam tubuhnya, yang mungkin ‘merosot’ dan ‘menyusut.’

Selepas diperiksa dengan teliti, Pingping telah disahkan menghidap penyakit kongenital yang kemungkinan disebabkan oleh perkahwinan ibu bapanya dengan saudara-mara.

Pingping juga dilaporkan sudah berkahwin pada tahun lepas dan masih belum dikurniakan cahaya mata. Lebih menyedihkan apabila doktor mengesahkan bahawa Pingping tidak boleh mengandung

Berikutan itu, Pingping kini dinasihatkan doktor untuk merujuk dengan pakar psikologi bagi menentukan hala tuju kehidupannya.

Kredit: Harian Metro


Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas