Connect with us

Oh! Media

Wanita Viral Buang Sampah Dari Tingkap Kereta, Sebenarnya Buang Barang Saka?

Trending

Wanita Viral Buang Sampah Dari Tingkap Kereta, Sebenarnya Buang Barang Saka?

Wah wah, dah masuk tahun 2021 pun masih ada lagi orang yang berfikiran mundur dan terkebelakang ya? Semalam, viral di Twitter perlakuan seorang wanita yang sengaja mengundang kecaman dari netizen.

ADVERTISEMENT
https://twitter.com/anthraxxxx/status/1346367168913444864

Dalam video tersebut, jelas menunjukkan yang dia dengan selambanya buang bungkusan sampah dari dalam keretanya. Bukannya sampah kecik, satu beg plastik besar tau dia pergi humban. Alahai, ini mesti tak fokus waktu cikgu mengajar kelas sivik dulu!

Bila dah jadi macam tu, adalah segelintir netizen yang kaitkan isu tersebut dengan pemakaian dan number plate kereta. Alamak. Wanita tu kelihatannya lengkap bertudung labuh. Kereta pula guna number plate ‘D’. Memang memalukan rakyat negeri Kelantan!

Tapi ada pula pihak yang mendakwa, sebenarnya keluarga tersebut baru balik dari berubat. Jadi, sebab nak buang barang ‘saka’, diorang kena campak bungkusan tersebut ke dalam arus sungai yang mengalir. Ah, dah jadi plot twist pulak. But still rasanya itu bukan alasan kukuh nak campak plastik macam tu je depan orang ramai, kan?

Tolonglah rakyat Malaysia, jangan lah buat benda-benda yang memalukan macam ni. Sekarang pun dah banyak berlaku kes banjir, puncanya dari sampah sarap yang tersumbat juga. Sebab apa? Sebab orang suka buang merata-rata lah. Habis, nak tunggu alam beri teguran yang macam mana lagi, baru kita nak sedar?

Kredit: Twitter

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas