Connect with us

Oh! Media

Jaga-Jaga! Wanita Rugi RM5,000, Terpedaya Dengan Jualan Barangan Kemas Murah Di Facebook

Trending

Jaga-Jaga! Wanita Rugi RM5,000, Terpedaya Dengan Jualan Barangan Kemas Murah Di Facebook

Makcik-makcik dan kakak-kakak diluar sana mesti ada yang tak senang duduk bila tengok barangan kemas yang dijual dengan harga yang murah kan? Jangan tertipu!

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini, seorang wanita yang berusia 39 tahun mengalami kerugian hampir RM5,000 selepas tertarik dengan penjualan emas murah di Facebook gais. 

Mangsa telah meninggalkan nombor telefon sebelum menerima pelawaan gelang tangan emas murah di Whatsapp. Menurut Harian Metro, seorang perempuan yang dikatakan bekerja di syarikat penjualan emas itu memujuk mangsa untuk membeli gelang tersebut.

Mangsa kemudiannya terpedaya dan melakukan online banking kepada nombor akaun yang diberi. Selepas gagal dihubungi dan sedar dirinya ditipu, mangsa terus membuat laporan polis dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan

Zaman sekarang ni macam-macam helah yang cuba dilakukan untuk dapatkan duit dengan jalan mudah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon lembaca wanita rugi hampir RM5,000 sebab barang kemas di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas