Connect with us

Oh! Media

Konon Makhluk Halus Jatuh Atas Bumbung Rumah, Wanita Rugi RM45,000 Ditipu Bomoh

Trending

Konon Makhluk Halus Jatuh Atas Bumbung Rumah, Wanita Rugi RM45,000 Ditipu Bomoh

Kalau ada yang kaitkan rumah kita dengan makhluk halus ataupun perkara mistik, mestilah kita rasa tak senang duduk, kan? Haa, inilah nasib malang yang menimpa seorang wanita di Alor Setar ni.

ADVERTISEMENT

Mangsa diberitahu oleh seorang bomoh yang kononnya, ada makhluk halus jatuh atas bumbung rumah dia. Jadi untuk tujuan perubatan, mangsa kena serahkan semua barang kemas yang ada dalam rumah sebab ia boleh mendatangkan mudarat. Mangsa pun apa lagi, dia pun bagi barang kemasnya dekat bomoh tersebut.

Rupa-rupanya, itu hanyalah modus operandi bomoh tersebut untuk mencuri barang perhiasan mangsa. Lebih mengejutkan, rupanya ramai penduduk kampung yang dah terkena. Barang kemas tulen yang dibalut oleh suspek dalam kain putih, dah pun ditukar dengan barang kemas palsu.

Alahai, zaman moden macam ni pun, masih ada lagi orang yang licik dan menipu dengan taktik kotor macam ni. Itulah, nak taknak kita memang kena berhati-hati. Jangan senang sangat percaya orang. Yang berjubah dan berjanggut pun belum tentu betul, inikan pula bomoh. Memanglah tak semua bomoh macam tu. Tapi, kerana nila setitik, rosaklah susu sebelanga.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas