Connect with us

Oh! Media

Wanita Rela Jadi Mangsa Pukul, Enggan Berpisah Dengan Suami Kacak

Trending

Wanita Rela Jadi Mangsa Pukul, Enggan Berpisah Dengan Suami Kacak

Kata orang, cinta itu buta. Walau seburuk mana pun pasangan itu, seseorang sanggup menerima seadanya. Malah, ada yang menjadi kurang bijak semata-mata kerana perasaan cinta dan kasih yang terlalu mendalam.

ADVERTISEMENT

BACA: Warga Emas Dicerai Suami Kerana Tertinggal Lengkuas Di Pasar

Seperti kejadian yang berlaku di negara China ini, seorang wanita dikenali sebagai Li Nu sanggup menjadi mangsa dera suami dari segi mental dan fizikal selama tiga tahun.

Menurut sumber, Li Nu berkenalan dengan suaminya melalui seorang rakan. Kali pertama berjumpa, Li Nu sudah jatuh cinta dan tertarik dengan penampilan suaminya itu.

Selepas dua bulan bercinta, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin. Pada awal pernikahan suami hanya melemparkan kata-kata kesat apabila marah. Namun, lama kelamaan suami mula memukulnya.

Wanita itu sanggup memaafkan suaminya setiap kali lelaki itu meminta maaf.

Dilaporkan, ibu bapa dan ahli keluarga yang lain telah menasihatinya supaya berpisah. Suaminya juga menyedari perkahwinan mereka tidak akan bertahan lama dan bersetuju untuk bercerai.

Dia telah pun membuat permohonan di mahkamah. Isterinya walau bagaimanapun enggan melepaskannya.

Li Nu memberi alasan suaminya adalah cinta pertamanya serta mempunyai rupa paras yang kacak. Dia bimbang selepas ini sukar untuknya bertemu dengan lelaki kacak seperti suaminya.

Ketika ditanya mengenai punca bergaduh, suami memberitahu isterinya terlalu cemburu membuatkan dia hilang sabar. Isterinya selalu memeriksa telefon dan bertanya ‘location’.

Isterinya juga sering menuduhnya mempunyai wanita simpanan kerana dikatakan terlalu kacak.

Kredit: mirrormedia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas