Connect with us

Oh! Media

Wanita Panggil Polis Tangkap Jiran, Dakwa Sengaja Sidai Pakaian Dalam Luar Rumah Goda Suami

jirannya

Trending

Wanita Panggil Polis Tangkap Jiran, Dakwa Sengaja Sidai Pakaian Dalam Luar Rumah Goda Suami

Perasaan cemburu memang ada dalam diri setiap pasangan bercinta walaupun sudah berkahwin. Tahap perasaan cemburu ini berbeza mengikut cara seseorang itu mengawalnya. Jika tidak berjaya dikawal, inilah yang akan menyebabkan pergaduhan sehingga sanggup membunuh.

ADVERTISEMENT

Ini mungkin berlaku kepada seorang isteri yang akhirnya membuat laporan polis terhadap jirannya. Ini selepas dia mendakwa jirannya sengaja menggantung seluar dalam di luar rumah untuk menggoda suaminya.

Wanita berusia 42 tahun itu melaporkan kepada polis bahawa jirannya yang berusia 23 tahun sengaja membasuh pakaian dalam setiap hari Sabtu iaitu ketika suaminya cuti dan berada di rumah.

Wanita itu menambah lagi yang suaminya kerap kali ditangkap sedang melihat seluar dalam jirannya itu. Dia turut meminta gadis 23 tahun itu untuk berhenti menggoda suaminya, bagaimanapun ia tidak dipedulikan.

Kejadian ini berlaku di Quintana Roo, Mexico dan pihak polis nampaknya tidak dapat menahan gadis berkenaan kerana tidak ada apa-apa kesalahan undang-undang dilakukan jirannya.

Pihak polis akhirnya bertemu dengan jirannya dan meminta agar berbincang secara baik dengan wanita tersebut. Ini bagi memastikan tidak berlaku perkara tidak diinginkan pada masa akan datang. Jiran korang ok tak?

Kredit: Oddity Central

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas