Connect with us

Oh! Media

Wanita Maut, Dipercayai Jatuh Dari Tingkat 4 Pusat Beli-Belah

Trending

Wanita Maut, Dipercayai Jatuh Dari Tingkat 4 Pusat Beli-Belah

Salah satu pusat membeli belah popular di Damansara hari ini melaporkan menerusi laman Facebook dimana seorang wanita jatuh dari tingkat 4 bangunan tersebut.

ADVERTISEMENT

Menerusi laporan Harian Metro, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid selaku Ketua Polis Daerah Petaling Jaya berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian yang berlaku pada 12.45 tengah hari tadi daripada orang awam.

Mayat wanita ditemukan di tingkat bawah kompleks beli-belah Damansara di sini dan dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan tersebut

Siasatan awal mendapati mangsa berusia 33 tahun dan mayatnya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat. Punca dan sebab kematian masih dikenal pasti.

Sehubungan itu, pihak pusat membeli-belah turut menyampaikan pesanan mana-mana individu yang mempunyai masalah kesihatan mental segera hubungi Talian Kasih di 15999 atau Befrienders di 03-76272929.

Kredit : Harian Metro, Facebook

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas