Connect with us

Oh! Media

Wanita Mabuk Berusia 52 Tahun Langgar Dua Motosikal

Trending

Wanita Mabuk Berusia 52 Tahun Langgar Dua Motosikal

Kes orang mabuk langgar lari lagi sekali gais, betul menyusahkan orang! Semalam, seorang wanita yang memandu dalam keadaan mabuk melanggar dua buah motosikal di Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, kejadian dikatakan berlaku pada pukul 12.41 tengah malam tadi dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.

Pemandu menghimpit dan melanggar motosikal jenis Harley-Davidson dan Yamaha Avantis sehingga mengalami kerosakan.

Kedua-dua penunggang terbabit meminta pemandu wanita itu membuat laporan polis namun dia terus memecut melarikan diri.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini diminta tampil ke Balai Polis Trafik Ampang Jaya.

Wanita tersebut dikatakan berusia 52 tahun dan tangkapan terhadapkan kini sedang dijalankan. Walaubagaimanpun, tiada kecederaan dilaporkan mangsa dan kerugiaan yang dialami akibat motosikal yang rosak masih belum diketahui lagi.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas