Connect with us

Oh! Media

Wanita Ini Ketawa Melihat Sofa Yang Dibelinya Secara Atas Talian, Patutlah Murah!

Trending

Wanita Ini Ketawa Melihat Sofa Yang Dibelinya Secara Atas Talian, Patutlah Murah!

Sekarang ni pasti ramai yang membeli barangan secara atas talian, lagi-lagi ketika wabak Covid19 ni masih ada diluar sana. Membeli barangan secara atas talian ni juga secara tak langsung boleh jimatkan masa, jimatkan tenaga dan jimatkan duit minyak korang sekali, betul tak?

ADVERTISEMENT

Mesti korang risau barangan yang korang order tu tak sama macam apa yang sampai nanti dan bak kata orang ‘hanyalah indah khabar dari rupa’. Kah! Buat masa ni, Ohmedia belum lagi merasa pengalaman yang macam tu.

Menurut laporan Harian Metro, ada seorang pembeli atas talian di Amerika Syarikat membeli sofa lima tempat duduk yang berharga sekitar RM1,000 menerusi platform membeli-belah online di negara tersebut. Bila sampai je tengok-tengok sofa yang dia beli tu kecik je. Kah! Bila tengok ni nak kata sedih pun tak jadi sedih sebab ianya agak melucukan. Tapi kita taktahulah apa yang dia rasakan sebab dah keluar duit, tiba-tiba yang dapatnya tu lain pula.

Pinky Jones tidak menyangka yang barangan yang sampai hanyalah sofa mini yang boleh digunakan untuk kanak-kanak. Padahal punyalah tak sabar tunggu sofa tu sampai sebab dekat rumah dia langsung tiada perabot. Lagipun, maklumat yang ada pada platform jualan itu mengatakan yang sofa itu amatlah sesuai untuk kegunaan di ruang tamu.

Saya ketawa, ia sofa untuk seorang bayi. Saya tak pernah sangka akan beli sofa ini untuk seorang anak kecil. Saya ingat, ukuran sofanya cukup besar untuk ruang tamu saya.

Apapun, kita perlulah berhati-hati dan sentiasa lihat feedback pembeli yang pernah membeli barangan tersebut. Semoga korang jimat berbelanja ya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca barangan yang dihantar tak sama dengan apa yang pembeli mahukan di Facebook Oh! Media.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas