Connect with us

Oh! Media

Wanita Indonesia Ditemui Maut, Penyewa Serumah Diburu Polis Bantu Siasatan

wanita

Trending

Wanita Indonesia Ditemui Maut, Penyewa Serumah Diburu Polis Bantu Siasatan

Kejadian di sebuah unit di Apartmen Sri Nipah, Sungai Nibong Pulau Pinang malam tadi, seorang wanita warga Indonesia ditemui telah meninggal dunia dengan empat kesan kelar pada badan dan lehernya.

ADVERTISEMENT

BACA: Tercampak Dalam Longkang, Pembantu Stesen Minyak Maut Dalam Kemalangan Depan Tempat Kerja

Menerusi laporan Kosmo, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.30 malam, dua warga Bangladesh yang merupakan penyewa di unit Apartment itu telah menemui mayat mangsa yang berlumuran darah.

Dengar pertengkaran di dalam bilik di antara mangsa dan suspek 

Dua warga Bangladesh itu telah melaporkan kepada pihak polis selepas menemukan mayat mangsa. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya sedang memburu seorang lagi penyewa Bangladesh yang telah melarikan diri dan disyaki sebagai suspek pembunuhan.

Selain kesan kelar pada leher, mangsa berusia 45 tahun itu turut dikelar pada perut, dada dan belakang telinga, malah dua bilah pisau dipercayai menjadi senjata pembunuhan turut ditemui di lokasi kejadian.

Polis turut menemui kesan ikatan tali pada bahagian pergelangan tangan dan kaki mangsa dan kita tidak menolak kemungkinan mangsa mungkin diikat terlebih dahulu sebelum dibunuh.

Menurut dua orang penyewa tersebut, mereka ada mendengar pertengkaran di dalam bilik di antara mangsa dan suspek yang bekerja sebagai buruh binaan pada jam 7.30 pagi semalam.

Kedua-dua penyewa itu kemudiannya keluar bekerja dan selepas pulang ke rumah pada waktu malam mereka ternampak mangsa berlumuran darah di dalam bilik.

Mereka turut ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan dan butir-butir peribadi suspek juga telah diperolehi.

Mayat mangsa kini berada di Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat. Semoga suspek pembunuhan dapat ditangkap dan diberi hukuman yang setimpal.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas