Connect with us

Oh! Media

Wanita Sanggup Heret Anak Pergi Serang Madu Bersama-Sama

Trending

Wanita Sanggup Heret Anak Pergi Serang Madu Bersama-Sama

Gara-gara ikut ibu serang madu, seorang remaja perempuan bersama ibunya telah dikenakan saman jenayah di Mahkamah Majistret kelmarin kerana telah menyerang madu ibunya sehingga cedera.

ADVERTISEMENT

Berdasarkan pertuduhan, mereka telah didakwa kerana sengaja menyebabkan kecederaan kepada isteri pertama iaitu Roslina Abdullah, 35, yang juga merupakan madu kepada ibu remaja tersebut. 

Menurut fakta kes, kejadian dikatakan telah berlaku di Taman Guru Kem Desa Pahlawan Kok Lanas, Kelantan, pada 11 Januari lalu. 

Suspek bersama anak keduanya dan seorang lagi anak lelakinya dikatakan telah pergi ke rumah mangsa yang terletak di Taman Guru Kem Desa Pahlawan Kok Lanas pada jam 10.40 malam dan dengan secara tiba-tibanya telah menyerang dan memukul mangsa dengan menggunakan payung sehingga cedera.

Lebih dasyat apabila mangsa turut disepak hingga terjatuh dan turut mengalami kecederaan pada siku serta tangan akibat terkena tar.

Selain jiran tetangga, kejadian itu juga dikatakan turut dilihat oleh suami mereka.

Perbuatan dua beranak itu juga turut ditegur oleh Majistret Kamarul Hasyimie terutama ibu yang turut mengheret sama anaknya dalam pergaduhan tersebut.

‘Ibu terjah, awak pun terjah’. – Tegur  Kamarul Hasyimie Rosli kepada penuntut kolej tahun satu itu.

Remaja perempuan yang berusia 19 tahun itu telah dikenakan bon jaminan berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM1,000 atau setahun penjara.

Malah ibunya yang merupakan suri rumah, Suriyawati Jusof, 43, pula telah didenda RM500 dan boleh dipenjara selama enam bulan jika gagal bayar denda.

Dua beranak itu dihukum selepas mereka mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dikemukakan.

Sekarang ini macam mana? Baru tahun pertama masuk kolej, perjalanan hidup masih jauh.

Kenapa perlu ikut perbuatan ibu? Kalau ada rekod, mesti menjejaskan masa depan. – Katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Erdabayu Subhan, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kelantan (YBGK), Norzaimah Mohamed.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kredit: Sinar

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas