Connect with us

Oh! Media

Wanita Ditemui Maut Dalam Kereta, Tinggal Surat ‘Pesanan’

Trending

Wanita Ditemui Maut Dalam Kereta, Tinggal Surat ‘Pesanan’

Di Alor Gajah, Melaka, seorang wanita ditemui maut dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di kebun kelapa sawit. Memetik laporan Harian Metro, orang awam yang menemui mayat segera membuat aduan kepada polis dan hasil pemeriksaan awal mendapati Toyota Avanza tersebut terkunci dari dalam.

ADVERTISEMENT

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, mayat wanita berusia 43 tahun itu ditemui kira-kira 800 meter dari jalan utama.

Sekadar gambar hiasan

Menerusi bantuan bomba, MPV terbabit berjaya dibuka dan pemeriksaan dilakukan pasukan forensik polis menemui sepucuk surat.

Surat berkenaan tertera pesanan kepada polis supaya menghubungi seorang wanita bagi memaklumkan kematian si mati kepada anaknya supaya dapat menguruskan kematiannya.

Selain sepucuk surat ‘pesanan’, pihak polis turut menemui satu balang mengandungi abu arang di bahagian tempat duduk penumpang hadapan dipercayai dibakar si mati.

Dia dipercayai meninggal dalam tempoh 48 jam selain semakan turut mendapati wanita terbabit dilaporkan hilang pada 28 April 2021.

Berdekatan dengan kenderaan, terdapat bahan makanan dan botol serta tin arak dipercayai diminum wanita berkenaan.

Tambah Arshad lagi, mayat kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat. Hasil pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah dan disyaki meninggal akibat lemas di dalam kereta.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas