Connect with us

Oh! Media

“Wanita Bukan Dilahirkan Untuk Jadi Pemimpin”- Netizen Tak Sejutu Dengan Nurul Hidayah

Trending

“Wanita Bukan Dilahirkan Untuk Jadi Pemimpin”- Netizen Tak Sejutu Dengan Nurul Hidayah

Siapa tak kenal dengan Nurul Hidayah Ahmad Zahid yang seringkali lantang dalam menyuarakan pendapatnya di media sosial.

ADVERTISEMENT

BACA: Kena Tempias Kecaman Sebab Anak Pakai Seksi, Azhar Sulaiman Dah Tegur, Nak Rotan Dah Besar

Wanita tidak layak memimpin

Terbaru, anak kepada Presiden UMNO itu sekali lagi menerima tempias kecaman dari warganet yang tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuatnya dalam satu video yang dimuatnaik SinarDailyMy di TikTok.

@sinardailymy #politicallyfrank #nurulzahid #fyp #foryourpage #sinardailymy ♬ original sound – Sinar Daily

Dalam video itu, Nurul menyatakan golongan wanita tidak dilahirkan untuk memimpin kerana itu merupakan tugas orang lelaki.

Saya rasa wanita tidak dilahirkan untuk menjadi pemimpin tau. Yaa, wanita tidak dilahirkan untuk menjadi pemimpin.

Nurul turut menambah bahawa golongan wanita berhak untuk mendapat hak kemanusiaan itu kerana kita semua adalah manusia.

Lelaki merupakan golongan yang dilahirkan untuk menjadi pemimpin. Pada saya, setiap wanita sepatutnya mendapat hak kemanusiaan serta hak wanita kerana kita semua adalah manusia.

Netizen tidak bersetuju

Video yang dikongsikan itu tular dan mendapat respon dari warganet. Rata-rata mereka tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat Nurul Hidayah itu.

Apa pendapat korang? Adakah korang bersetuju dengan pendapat dan kenyataan Nurul Hidayah tu?

Kredit: SinarDailyMy

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas