Connect with us

Oh! Media

(Video) Hanya Tinggal Satu Stok, Wanita Bertumbuk Untuk Dapatkan PS5

Trending

(Video) Hanya Tinggal Satu Stok, Wanita Bertumbuk Untuk Dapatkan PS5

Siapa cakap kaum lelaki je yang sanggup buat anything untuk dapatkan PS5? Orang perempuan pun sama tau! Siap sanggup wrestling lagi sesama sendiri.

ADVERTISEMENT

Viral di Twitter beberapa hari lepas video dua orang wanita yang bergaduh di sebuah pusat beli-belah Walmart di Carolina Utara, Amerika Syarikat. Puncanya, mereka berebut konsol PS5 yang hanya tinggal satu stok sahaja di kedai tersebut.

https://twitter.com/__justkeith/status/1338959072155082752

Dalam video tersebut, mula-mula mereka berdua hanya bertengkar mulut sesama sendiri. Salah seorang wanita yang berambut tocang telah menjerit pada wanita yang berbaju sejuk ketika dia cuba ambil PS5 tersebut. Walaupun cuba ditenangkan oleh orang ramai yang ada di tempat kejadian, namun pertengkaran mereka tetap berterusan.

Cakap punya cakap, tak pasal-pasal nah! Perempuan yang bertocang tu terus kena tumbuk dan jatuh ke lantai. Tak habis dekat situ, diorang berdua terus bertumbuk sampai berguling-guling dekat lantai. Dah macam wrestling.

Bagaimanapun menurut laporan, sewaktu polis tiba ke tempat kejadian, kedua-dua wanita dah pun pergi tinggalkan kedai tersebut. Tapi yang buat lagi lawak, dua-dua tak bawa balik pun PS5.

Alahai, harapnya dekat Malaysia tak jadi lah sampai macam tu ya. Kalau dah habis stok pun, tunggulah kedai restock baru beli. Kalau gian sangat nak main PS5 pun, boleh pergi kedai game yang sediakan service main PS5. Susah-susah sangat, pergi je main dekat OMG Esport hahaha…

Kredit: Twitter

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas