Connect with us

Oh! Media

Wang RM 4 Milik Tabung Kelas Hilang, Guru Bertindak Nyalakan Api Di Telapak Tangan Murid

Trending

Wang RM 4 Milik Tabung Kelas Hilang, Guru Bertindak Nyalakan Api Di Telapak Tangan Murid

Hanya disebabkan sejumlah wang bernilai 12,000 rupiah (RM 3.42) milik tabung kelas, seorang guru madrasah di Jawa Timur, Indonesia bertindak menyalakan api menggunakan pemetik api di setiap telapak tangan anak muridnya.

ADVERTISEMENT

Menerusi laporan Sindo News, guru Madrasah Ibtidaiyah Nurul Huda itu bertindak sedemikian kerana tiada seorang pun yang mengaku mengambil wang milik tabung kelas berkenaan.

Dalam pada itu, salah satu ibu daripada murid terlibat memberitahu anaknya hanya memberitahu mengenai kejadian itu selepas beberapa hari ianya berlaku.

Tiada siapa yang mengaku mengambil wang yang hilang itu, jadi semua murid di kelas berkenaan didenda, dimana gurunya menyalakan api di telapak tangan setiap anak murid – Ibu murid

Dalam pada itu, ibubapa murid yang lain juga turut melaporkan mengenai kejadian berkenaan kepada polis Gucialit.

Namun, sehingga kini belum ada kenyataan daripada pihak madrasah berkenaan memandangkan sekolah ditutup.

Kredit : Sindo News

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas