Connect with us

Oh! Media

Wang Pelanggan ‘Lesap’ Tiba-Tiba, Kerajaan Gesa Bank Bertanggungjawab

Trending

Wang Pelanggan ‘Lesap’ Tiba-Tiba, Kerajaan Gesa Bank Bertanggungjawab

Akhir-akhir ini, heboh di media sosial mengenai isu wang simpanan pelanggan daripada beberapa bank utama Malaysia dilaporkan lesap dan masuk ke akaun ‘scammer’ tanpa pengetahuan mereka.

ADVERTISEMENT

BACA: Aplikasi MAE Dan M2U Alami Masalah Akses Perlahan, Maybank Mohon Maaf

Isu ini sangat membimbangkan rata-rata rakyat Malaysia yang khuatir akan wang simpanan mereka yang berada di dalam bank.

Kerajaan gesa bank bertanggungjawab

Menurut Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd Shahar Abdullah, Bank Negara Malaysia (BNM) ketika ini sedang memantau isu ini disamping menggesa agar pihak bank untuk bertanggungjawab terhadap kehilangan wang pelanggan.

BNM memang sedang memantau teliti isu ini. Sudah pasti sesiapa sahaja yang merasa mereka dianiaya, mereka boleh laporkan kepada polis selain bank masing-masing, kerana itu prosedur yang sedia ada digunakan.

Dalam masa yang sama, kementerian sudah mengarahkan institusi kewangan serta bank untuk melihat semula sekiranya kecuaian itu berlaku disebabkan mereka, maka institusi kewangan serta bank perlu bertanggungjawab.

Sebelumnya, terdapat aduan seorang pelanggan di media sosial menyatakan bahawa terdapat beberapa transaksi mencurigakan yang menyebabkan wang simpanananya lesap.

Isu ini turut mendapat perhatian ramai NGO yang menggesa bank untuk tidak lepas tangan dan perlu untuk bertanggungjawab atas perkara ini.

Harap-harap kes ini dapat diselesaikan dan wang mangsa dapat dikembalikan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas