Connect with us

Oh! Media

Wajah Gelap Punca Ditinggalkan, Wajah ‘Terlalu Putih’ Wanita Ini Buat Netizen Bimbang

Trending

Wajah Gelap Punca Ditinggalkan, Wajah ‘Terlalu Putih’ Wanita Ini Buat Netizen Bimbang

Tidak dapat disangkal lagi, mendapatkan wajah yang cantik serta putih akan menjadi perkara yang diidamkan setiap manusia terutama sekali bagi kaum wanita.

ADVERTISEMENT

BACA: Rahsia Kulit Berseri Glass Skin Wanita Jepun, Jangan Skip Langkah Penting Ini

Oleh itu, ada diantara mereka sanggup berhabiskan beribu-ribu ringgit bagi mendapat produk yang mampu memutihkan wajah mereka.

Namun, mereka yang mahu mendapatkan kulit yang cantik akan sanggup berbuat apa sahaja termasuklah membeli produk kecantikan yang dilihat berkesan, namun tidak diiktiraf pakar kesihatan.

Perkara itu bukan sahaja tidak mencantikkan kulit mereka, malahan mampu memudaratkan kesihatan. Oleh itu, para wanita diingatkan untuk memlilih produk yang betul dan menjamin kesihatan.

Seorang wanita nekad putihkan wajah selepas ditinggalkan

Terbaharu, terdapat perkongsian daripada seorang wanita yang nekad melakukan perubahan pada wajahnya selepas menyatakan dirinya ditinggalkan kekasih oleh kerana kulitnya gelap.

Video berdurasi 15 saat itu dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi TikTok bernama @cikbettx memaparkan perubahan ketara wajahnya berbanding yang dahulu.

Namun apa yang mengejutkan adalah keadaan kulitnya yang terlalu putih sehingga menampakkan urat berwarna biru pada tangannya.

Menurut wanita tersebut, dia telah mengamalkan sebuah produk yang dikatakan sebagai vitamin C untuk mendapatkan kulit yang glowup seperti itu.

https://www.tiktok.com/@cikbettx/video/7018762513135209755?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7012846304082871809
Link TikTok

Apa yang lebih merisaukan adalah pengambilan vitamin C tambahan yang sekiranya diambil secara berlebihan, ia mampu memudaratkan kesihatan tubuh dan memberikan penyakit.

Bagaimanapun, wanita itu turut menasihati orang ramai yang takut untuk mendapatkan kulit yang putih agar tidak mencuba mengambil produk tersebut.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat turut menzahirkan rasa bimbang akan keadaan kulit wanita itu yang dianggap terlalu putih sehingga menampakkan urat.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih dari 200,000 jumlah tontonan serta mendapat 330.800 tanda suka.

Kredit: TikTok @cikbettx

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas