Connect with us

Oh! Media

Viral Video Hawa Rizwana Mengantuk Baca Berita, Ini Respon Tuan Badan

hawa rizwana

Trending

Viral Video Hawa Rizwana Mengantuk Baca Berita, Ini Respon Tuan Badan

Baru-baru ini tular di media sosial video memaparkan personaliti TV, Hawa Rizwana seperti sedang menahan mengantuk ketika membacakan berita di Buletin Utama.

ADVERTISEMENT

BACA: Fizo Omar Telefon Ayah Hawa Rizwana? Ada Apa-Apa Ke Ni?

Mata yang kelihatan lesu membuatkan orang ramai tertanya-tanya adakah pengacara dan penyampai berita itu keletihan akibat beban kerja yang banyak.

@_kak.rose

Agak agak dia ada tiktok ke 🤣😂#fypシ #fypdongggggggg #newtrend #foryou

♬ Play Date – Melanie Martinez

Terbaru, Hawa dalam laporan mStar Online menafikan dakwaan dia penat. Menurutnya, mungkin ketika itu dia sedang menyampaikan berita yang serius.

Nampak penat sangat ke? Okay, lepas ini saya senyum lebih sikitlah.

Jelas Hawa lagi, apabila dia menghayati sesuatu berita, dia sendiri tidak dapat mengawal memek muka yang dihasilkan.

Kerjaya sebagai pembaca berita memerlukan dia memahami isu supaya informasi dapat disampaikan secara tepat kepada penonton.

hawa rizwana

Mengenai video tular, Hawa berkata dia hanya menyedari perkara itu apabila ditegur rakan sejawat bertanyakan sama ada dia dalam keadaan baik. Dia bagaimanapun menjelaskan keadaan dalam keadaan terkawal.

Difahamkan, selain Buletin Utama, Hawa turut bertugas sebagai pengacara Wanita Hari Ini yang ke udara pada pukul 12.30 tengah hari. Dia juga merupakan penyampai radio Buletin FM pada pukul 6 hingga 10 pagi.

Kredit: mStar Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas