Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Yusuf Azmi & Pengikutnya Pukul Warga Asing, Polis Akan Lakukan Siasatan

Oh! Tidak

(VIDEO) Yusuf Azmi & Pengikutnya Pukul Warga Asing, Polis Akan Lakukan Siasatan

Satu video tular dimana sekumpulan individu yang dipercayai adalah Yusuf Azmi, Abang Ali dan beberapa pengikutnya memukul seorang lelaki warga asing semalam.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, kejadian dipercayai berlaku di kawasan kaki lima sebuah premis di Kajang. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata bahawa siasatan sedang dijalankan selepas video itu tular di media sosial.

Siasatan awal dijalankan selepas dipercayai tempat kejadian itu berlaku di bawah kawasan pentadbiran IPD Kajang.

Hasil siasatan awal, seorang lelaki dipercayai warga asing dipukul sekumpulan lelaki Melayu dikenali dengan nama Yusuf Azmi, Abang Ali dan beberapa orang pengikutnya yang belum dikenal pasti.

Katanya juga, perlakuan suspek adalah satu tindakan yang akan mendatangkan kekacauan kepada ketenteraman awam.

Hasil penelitian ke atas video ini juga mendapati, kumpulan suspek itu juga melanggar beberapa prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berkumpul serta tidak menjaga penjarakan fizikal.

Sehubungan itu, pihak IPD Kajang membuat laporan polis berhubung kejadian ini bagi tujuan siasatan lanjut.

Walaubagaimanapun, kita tunggu sehingga Yusuf Azmi dan pengikutnya beri keterangan. 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top