Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Tular Wanita Selamba Basuh Tangan Dalam Tren, Rapid KL Luah Kekesalan

Trending

(VIDEO) Tular Wanita Selamba Basuh Tangan Dalam Tren, Rapid KL Luah Kekesalan

Umum mengetahui, ketika menggunakan khidmat pengangkutan awam seperti tren, kita diwajibkan untuk mengikuti semua peraturan yang ditetapkan bagi menjamin keselesaan setiap penumpang.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Dua Petugas ‘Sanitize’ Tren Sambil Lewa, Rapid KL Buat Permohonan Maaf

Namun lain pula ceritanya apabila terdapat seorang penumpang wanita yang nekad membasuh tangan ketika berada di dalam tren Rapid KL baru-baru ini.

Video berdurasi 13 saat yang tular di media sosial itu memperlihatkan seperti seorang warga emas yang mencuci tangan menggunakan sebuah botol di atas lantai tren tersebut.

Selain itu, individu tersebut dilihat tidak mempedulikan penumpang lain ketika melakukan aksi itu seakan-akan tiada sesiapa yang berada berhampirannya.

Menerusi video itu juga, wanita berkenaan dikatakan turut tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) apabila mengenakan pelitup muka dengan cara yang salah.

Rapid KL beri respon balas, harap tiada yang tiru aksi tersebut

Berhubung dengan kejadian itu, Rapid KL telah tampil memberikan respon balas selepas menyedari perkara tersebut berlaku dalam pengangkutan awam miliknya.

Menerusi ciapannya di laman Twitter, pihaknya menegaskan bahawa perbuatan itu salah selain melarang penumpang lain meniru aksi tersebut ketika berada di dalam tren.

Kami tidak pernah upgrade tren kami untuk dijadikan tempat membasuh tangan.

Harapan kami, jangan tiru aksi atau perbuatan ini dan semoga semua penumpang lebih bertanggungjawab dan beretika ketika menaiki tren.

Dalam pada itu, pihaknya juga turut menasihati orang ramai agar memakai pelitup muka dengan betul ketika berada di di dalam pengangkutan awam.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat mengecam perbuatan penumpang wanita itu selain berharap agar perkara tersebut tidak lagi berulang.

Selain itu, terdapat juga netizen yang mendakwa pernah terserempak dengan penumpang itu sebelum ini selain menganggap wanita tersebut mungkin mempunyai masalah kesihatan (mental).

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 10,000 jumlah tontonan serta mendapat 172 tanda suka.

Kredit: Twitter Rapid KL

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas