Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Tular Seorang Wanita Selinap Keluar Ikut Dawai Berduri Dicari

Trending

(VIDEO) Tular Seorang Wanita Selinap Keluar Ikut Dawai Berduri Dicari

Jika sebelum ini tular sebuah rakaman yang mana seorang wanita yang telah menyelinap masuk ke kawasan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melalui kawat besi di Pantai Dalam, kejadian serupa berlaku selepas tular sebuah rakaman memaparkan seorang wanita yang cuba pula hendak menyelinap keluar.

ADVERTISEMENT

Aksi seorang wanita menyelinap keluar melalui kawat besi di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bandaran tular di aplikasi TikTok dan mengakibatkan pihak polis sedang mengesan individu terbabit.

Video berdurasi 31 saat yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama @yayanchi94 dipercayai dirakam pada pukul 8.30 malam memaparkan seorang wanita berbaju putih dan berseluar jeans yang dilihat sanggup meniarap bagi meloloskan diri dari kawat besi tersebut sebelum melarikan diri ke arah bangunan berhampiran.

Menurut pada video tersebut yang dirakam oleh seorang lelaki, dia cuba menjerit kepada wanita terbabit supaya tidak keluar daripada kawasan tersebut dan mengingatkan bahawa perbuatan wanita tersebut adalah sangat bahaya. Malah, bantuan bakul makanan sudah diedarkan di kawasan berkenaan.

bahaya dek (adik), bahaya kau buat begitu dek.

PKP tu dek, bukan tiada bantuan. Astaghfirullahalazim

Berhubung dengan kejadian tersebut, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata pihaknya sudah menerima laporan berkenaan kejadian itu dan pihak polis sedang giat menjalankan siasatan bagi mengesan wanita berkenaan untuk siasatan lanjut.

https://www.tiktok.com/@yayanchi94/video/6984012818756504859?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6977593574082971138

Kredit: yayanchi94 I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas