Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Tular Penampakan Pontianak Terbang Cetus Tanda Tanya Netizen

Oh! Tidak

(VIDEO) Tular Penampakan Pontianak Terbang Cetus Tanda Tanya Netizen

Kelibat atau entiti misteri yang tidak boleh dilihat dengan menggunakan mata kasar merupakan makhluk halus yang sering menjadi perhatian masyarakat.

ADVERTISEMENT

BACA: Seram! 5 Penampakan ‘Entiti’ Yang Pernah Tular Dalam Industri Muzik Malaysia

Lebih-lebih lagi kelibat ini dilihat sering muncul pada malam hari atau senja yang menjadi ‘waktu’ kepada mereka untuk memunculkan diri.

Di Malaysia sahaja, terdapat pelbagai jenis hantu yang pernah dilihat berdasarkan kepercayaan serta pengalaman seseorang dalam menghadapi makhluk halus itu.

Namun, tidak semua orang mempunyai kelebihan untuk melihat mereka dan hanya orang yang ‘terpilih’ saja yang mampu melihat kelibat misteri ini.

Kelibat pontianak terbang?

Kejadian yang serupa turut berlaku apabila tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan penampakan sebuah makhluk dipercayai pontianak.

Video itu telah dimuat naik oleh seorang pengguna bernama @razifmutalib7 yang mendakwa kelibat itu sedang berterbangan di udara pada lewat malam.

Lokasi di Felda Tenggaroh, dapat tengok rezeki depan mata, tapi kalau boleh jangan nampak.

@razifmutalib7

lokasi di Felda Tenggaroh dapat tengok rezeki mata,tapi kalau boleh jangan nampak

♬ bunyi asal – closed account – closed account

Menerusi video itu, kelihatan sangat jelas seperti sesosok pontianak yang sedang melayang-layang di udara dan melepasi paras tinggi sebatang pokok di situ.

Kedengaran juga suara si perakam yang cemas selain turut menggesa makhluk itu pergi dari kawasan tersebut.

Lokasi kejadian dipercayai berlaku di sebuah kawasan memancing di Felda Tenggaroh, Johor, sebelum dimuat naik pada pukul 2 pagi.

Netizen beri pelbagai reaksi

Meninjau pada ruangan komen pada hantaran itu, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa terkejut melihat penampakan itu selain turut mengungkapkan kisah sebenar disebalik kejadian itu.

Komen pada hantaran @razifmutalib7 di aplikasi TikTok
Komen pada hantaran @razifmutalib7 di aplikasi TikTok
Komen pada hantaran @razifmutalib7 di aplikasi TikTok
Komen pada hantaran @razifmutalib7 di aplikasi TikTok

Drone je tu..

Selain itu, terdapat juga netizen yang tidak mempercayai penampakan itu dan hanya menganggap ianya cumalah kapal terbang kawalan jauh (drone) yang dikendalikan oleh seseorang.

Komen drone hantaran @razifmutalib7 di aplikasi TikTok
Komen drone hantaran @razifmutalib7 di aplikasi TikTok
Komen drone hantaran @razifmutalib7 di aplikasi TikTok
Komen drone hantaran @razifmutalib7 di aplikasi TikTok

Pelbagai kisah seram serta pendapat yang telah diberikan oleh netizen. Benar atau tidak? Terpulang kepada anda untuk percaya akan kesahihan video itu.

Video yang dimuat naik itu setakat ini telah mencapai lebih daripada 1 juta tontonan serta 100,000 tanda suka.

Kredit: TikTok @razifmutalib7

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top