Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Tular Individu Tunjuk Wajah Hantu Air?

Oh! Tidak

(VIDEO) Tular Individu Tunjuk Wajah Hantu Air?

Umum mengetahui, makhluk halus atau hantu ialah makhluk yang tidak mempunyai jasad serta diyakini wujud oleh kebanyakkan masyarakat di dunia.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular ‘Entiti Misteri’ Berjalan Sambil Bawa Batu Nisan, Kejutkan Pengguna Jalan Raya

Tidak semua manusia di muka bumi ini mempunyai kelebihan untuk melihat atau berinteraksi dengan makhluk halus lebih-lebih lagi di alam yang berbeza.

Walaubagaimanapun, makhluk halus atau hantu adalah daripada golongan jin dan syaitan dan kita sebagai umat Islam wajib mempercayai kewujudan mereka.

Tular video ustaz ‘lawan’ hantu air?

Namun, terdapat perkongsian yang menyeramkan apabila seorang pengamal perubatan Islam yang dikenali sebagai Ustaz Rosdi didakwa telah berinteraksi dengan hantu air.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman Facebook milik Md. Rosdi Hassan, dia dikatakan telah mengangkat hantu air sehingga berlaku penampakan jelas susuk tubuh makhluk halus itu.

Menurut hantaran itu, dia mengakui tidak mahu memuat naik video tersebut kepada umum oleh kerana risau akan menimbulkan fitnah.

Namun, dia nekad berkongsikan ia atas alasan ingin berkongsi cerita mengenai ‘alam disebalik mata’ dan bagaimana wajah makhluk tersebut.

Dia nekad menyebarangi sungai pada waktu malam

Berdasarkan video berdurasi 3 minit 40 saat, dia nekad menyeberangi sebatang sungai pada waktu malam dan cuba menenggelamkan diri.

Namun selepas beberapa saat, beliau kembali timbul dari permukaan air bersama satu ‘entiti’ yang tidak dikenali yang muncul dari arah gelap.

Menerusi video itu juga, jelas kelihatan sosok yang agak tinggi serta bermata merah sebelum ia perlahan-lahan menghilang dari permukaan air.

Cuba besarkan gambar makhluk Itu bagainama kewujudannya. Hanya jauhari yang mengenal maknikam dari apa yang tersurat daripada apa yang tersirat.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata pengguna Facebook turut memberikan pelbagai reaksi termasuklah berasa seram akan pendedahan oleh ustaz tersebut.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 11,000 tanda suka serta telah dikongsikan sebanyak 4,500 kali.

Kredit: Facebook Md Rosdi Hasan I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top