Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Tegas Ketika Menjalankan Tugas, Sikap Seorang Pegawai Polis Raih Pujian Netizen

Trending

(VIDEO) Tegas Ketika Menjalankan Tugas, Sikap Seorang Pegawai Polis Raih Pujian Netizen

Pegawai polis, merupakan salah satu jawatan penting dalam menjaga keharmonian serta keselamatan sesebuah negara. Pengorbanan seorang polis wajar dipuji oleh kerana sentiasa bersedia bila-bila masa sahaja demi masyarakat dan negara.

ADVERTISEMENT

Namun, tular di sosial media baru-baru ini sebuah video memaparkan seorang pegawai polis yang tegas dalam menjalankan tugas ketika berhadapan dengan Ahli Parlimen Raub dan Parlimen dan Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan, Ronnie Liu Tian Khiew telah meraih pujian daripada netizen, berdasarkan laporan Kosmo.

Berdasarkan video yang tular itu, seorang pegawai polis meminta ahli parlimen itu beredar dari kawasan dan tidak membenarkan mereka untuk merentas daerah atau negeri.

Walaupun dihimpun oleh ramai orang, namun semangat dedikasi seorang pihak polis dalam menjalan tugas langsung tidak mematahkan semangat beliau bagi terus mengawal kawasan berkenaan.

Video yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman Twitter bernama @Projek Hitam mendapat perhatian netizen selain turut meninggalkan komen dengan memuji ketegasan dan ketenangan luar biasa ditunjukkan oleh anggota polis berkenaan.

Berdasarkan kenyataan pengguna Twitter itu dalam video yang dikongsikan itu, dia mengucapkan tahniah kepada pegawai berkenaan selain turut tenang dari awal hingga akhir.

Rata-rata netizen pada ruangan komen telah memuji tindakan anggota polis itu dan menyifatkan ketegasan beliau memang layak bagi membendung sebarang pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP).

Kredit: ProjekHitam, Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas