Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Suami Gali Semula Kubur Isteri Sebab Terlalu Rindu

Trending

(VIDEO) Suami Gali Semula Kubur Isteri Sebab Terlalu Rindu

Baru-baru ini, tular kisah seorang lelaki di Kota Semarang, Jawa Tengah Indonesia yang bertindak menggali kubur isterinya kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa pasangan hidupnya telah me­ninggal dunia.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan dari Kosmo, klip video yang dikongsi di laman Instagram @fakta.indo itu menunjukkan lelaki berkenaan berusaha sekuat tenaga menggali kubur tersebut menggunakan cangkul tanpa dibantu sesiapa.

Jika dapat dilihat dalam video, lelaki itu tidak dapat melupakan arwah isterinya sehingga ter­desak menggali kembali jenazah yang telah dikebumikan itu.

Bagaimanapun, lelaki itu dilihat tersungkur di kubur isterinya sebelum kerja menggali itu selesai. Raut wajahnya kelihatan sedih ketika memandang kubur isterinya. Allahu..

Pun begitu, video berdurasi 15 saat itu telah ditonton lebih 400 ribu kali dan dibanjiri komen netizen yang kebanyakan meluahkan kata-kata simpati.

Peringkat tertinggi mencintai adalah ikhlas.

Membuktikan bahawa lelaki itu sangat setia.

Dalam sekali cintanya.

Ada juga yang berasa kasihan kerana isteri baru sahaja pergi dan bersemadi. Rata-ratanya turut mendoakan agar arwah isterinya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Kasihan isterinya mahu bersemadi dengan aman.

Ujian dan dugaan itu berbeza, walau perit untuk diterima, itulah hakikat kehidupan di dunia. Semoga lelaki ini diberi kekuatan ya.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas