Connect with us

Oh! Media

(Video) ‘Spiderman’ Terkedu, Aksi Wheelie ‘Superman’ Bertukar Tragedi

spiderman terkedu

Trending

(Video) ‘Spiderman’ Terkedu, Aksi Wheelie ‘Superman’ Bertukar Tragedi

Sebuah video berdurasi 26 saat telah membuatkan para netizen tak mampu menahan gelak apabila melihat ‘spiderman’ terkedu dengan aksi wheelie yang ditunjukkan oleh penunggang motosikal berakhir dengan kemalangan.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Buat Aksi ‘Superman’ Dan ‘Zig Zag’ Di Jalan Raya, Dua Individu Dicekup

Di dalam video tersebut, kelihatan seorang pemuda yang menjual jeruk di jalanan memakai kostum ‘spiderman’ tergamam melihat kemalangan yang berlaku di depan matanya.

Penunggang motosikal kemalangan buat aksi ‘wheelie’

Menurut Kosmo, kejadian tersebut berlaku di sebuah kawasan di Bangi. Kelihatan di dalam video tersebut, penunggang motosikal yang membuat aksi ‘wheelie’ itu tidak memakai topi keledar.

Aksi penunggang motosikal itu bukan sahaja membahayakan diri sendiri, namun turut membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Netizen yang menonton video tersebut geli hati melihat ‘spiderman’ tersebut hanya terdiam dan tak mampu membantu penunggang motosikal yang berlagak seperti ‘superman’ itu. Yelah, tiba-tiba je nak tunjuk lagak buat ‘wheelie’ tapi lain jadinya.

spiderman terkedu

Semoga ini menjadi iktibar buat penunggang motosikal di luar sana, janganlah nak tunjuk lagak buat aksi-aksi sebegini di atas jalan raya. Kalau tak sayang diri sendiri, tolonglah fikir nyawa orang lain yang mungkin menjadi mangsa keadaan.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas