Connect with us

Oh! Media

(Video) Salah Dapat Burger, Seorang Lelaki Mengamuk Di Sebuah Restoran Makanan Segera

Trending

(Video) Salah Dapat Burger, Seorang Lelaki Mengamuk Di Sebuah Restoran Makanan Segera

Hanya kerana tersalah mendapat pesanan, seorang lelaki bertindak meninggikan suara dan merosakkan mesin juruwang di kaunter sebuah restoran makanan segera yang terletak di Ampang.

ADVERTISEMENT

Kejadian ini dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi dua minit lapan saat, di mana lelaki tersebut juga melontarkan kata-kata kesat serta memarahi pekerja restoran berkenaan.

Video yang tular di media sosial ini menyaksikan lelaki terbabit turut menolak mesin juruwang yang berada di atas kaunter restoran berkenaan sehingga jatuh ke lantai. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, polis menerima laporan kejadian itu daripada pengurus restoran pada jam 4.30 petang kelmarin.

Menurutnya, kejadian berlaku jam 12.15 tengah hari apabila seorang pelanggan lelaki datang ke kaunter dan membuat pesanan makanan.

“Lelaki itu memarahi pekerja yang sedang bertugas kerana silap menerima pesanan.

“Polis juga sudah merakam keterangan pengadu dan melawat lokasi kejadian,” katanya.

Beliau juga berkata, hasil daripada siasatan awal mendapati tiada sebarang kerugian kecederaan yang dialami oleh pengadu.

Katanya, pengadu juga tidak mahu untuk membawa kes ini ke peringkat seterusnya.

Kredit : aidilashraaf96 dan HarianMetro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas