Connect with us

Oh! Media

(Video) Pekerja J&T Perak Mohon Maaf Baling Barang Pelanggan Tanpa Sebab

Oh! Tidak

(Video) Pekerja J&T Perak Mohon Maaf Baling Barang Pelanggan Tanpa Sebab

Semalam tersebar di video dan gambar yang menunjukkan staf J&T hilang pertimbangan dengan mencampak barang pelanggan di salah satu hub mereka.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, sebentar tadi Ohmedia ada kongsikan kenyataan rasmi dari pihak J&T yang menjelaskan segala isu yang berbangkit termasuklah isu permotongan gaji pekerja dan aduan pelanggan yang mendakwa barangan makanan dan minuman telah dicuri oleh pekerja dari bungkusan.

Satu lagi permohonan maaf dari tujuh orang pekerja yang terlibat dalam video yang tersebar semalam turut telah dilakukan hari ini.

Tujuh pekerja syarikat kurier, J&T Express Perak itu membuat permohonan maaf kerana perbuatan mencampak barang pelanggan yang telah membangkitkan kemarahan ramai orang.

Kami ingin jelaskan di sini tiada tindakan mogok. Sekali lagi kami memohon maaf kerana menjejaskan nama syarikat dan barang pelanggan rakyat Malaysia. Kami sedaya upaya akan memproses dan menghantar barang pelanggan secepat mungkin. – Kata mereka.

Jadi, diharapkan kerugian yang terpaksa ditanggung pelanggan dan penjual yang kerosakan barang perlulah diselesaikan pihak syarikat. Terlalu banyak aduan kerosakan barang yang kita dapat lihat sekarang.

Kredit: J&T Express Malaysia Perak

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top