Connect with us

Oh! Media

(Video) Mangsa Banjir Terkilan Sukarelawan Buang Barang Yang Masih Elok

Oh! Tidak

(Video) Mangsa Banjir Terkilan Sukarelawan Buang Barang Yang Masih Elok

Bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri baru-baru ini menyaksikan ramai sukarelawan turun padang untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

ADVERTISEMENT

Selain bantuan makanan dan keperluan asas, sukarelawan turut membantu membersihkan rumah-rumah yang kotor dipenuhi lumpur.

BACA: “Tiada Apa Yang Tinggal, Hanya Air Mata Saja..” – Saloma, Mangsa Banjir

Memetik laporan Malaysia Gazette TV, seorang mangsa banjir di Batu 19 1/2 Sungai Lui Hulu Langat meluahkan rasa kesal dengan segelintir sukarelawan yang datang membersihkan rumahnya.

Menurut mak cik ini, barang-barang rumah yang masih elok seperti pinggan mangkuk, pakaian dan perkakas lain dibuang begitu sahaja sedangkan ianya masih boleh digunakan.

NGO yang bawa orang ramai-ramai tolong tu, jangan rosakkan barang tuan rumah. Kalau nak bantu tanya dulu tuan rumah apa perlu dibuat, apa perlu dibantu.

Setiap pertolongan ada yang sangat menyusahkan, ada sangat menyenangkan. Ini kategori menyusahkan.

Tambahnya lagi, dia sangat menghargai usaha sukarelawan datang membantu tetapi dinasihatkan agar tidak main buang sahaja barang-barang yang selama ini dibelinya dengan wang ringgit.

Tak rosak pun. Benda boleh cuci pinggan mangkuk. Apa salah dosa pinggan mangkuk tu. Semua barang-barang periuk belanga dibuang dalam tong sampah.

Jelas mak cik ini, sebaik sahaja sukarelawan pulang dia terpaksa mengutip semula barang-barang yang masih elok untuk dibersihkan.

Video penuh:

Kredit: Youtube Malaysia Gazette TV

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas