Connect with us

Oh! Media

(Video) Lelaki Bertelekung Dirakam Curi Barangan Jemaah Wanita Di Dalam Masjid

Trending

(Video) Lelaki Bertelekung Dirakam Curi Barangan Jemaah Wanita Di Dalam Masjid

Kes kecurian dalam negara merupakan antara kes jenayah yang paling membimbangkan dalam kalangan masyarakat. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, pastinya peluang ini akan digunakan mereka tidak bertanggungjawab untuk melakukan apa sahaja demi mendapatkan duit.

ADVERTISEMENT

BACA: Berang Tabung Kosong, Pencuri Selerakkan Masjid

Terbaru, seorang lelaki sanggup menyamar dengan mengenakan telekung untuk mencuri di sebuah surau terletak di Seksyen 18, Shah Alam.

Menerusi ciapan dibuat Azfar di Twitter, dapat dilihat seorang lelaki terus mencapai telekung yang disediakan pihak masjid ketika memasuki ruangan solat wanita.

Dia kemudiannya melihat keadaan sekeliling untuk memastikan tiada individu yang melihatnya terus menyambar beg tangan mangsa sebelum melarikan diri dari tempat kejadian ketika wanita itu dalam keadaan sujud.

Tindakan lelaki tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan.

Menurut Azfar, lelaki tersebut telah mencuri sebuah telefon bimbit jenis Iphone X milik ibunya.

Mohon pertolongan warga Seksyen 18, Shah Alam yang kenal hamba Allah yang sanggup menyarung telekung untuk curi iPhone X mak saya subuh hari ini 20 Dis 2022 untuk beritahu pulangkan balik iPhone X tersebut.

Azfar turut memaklumkan bahawa dia akan memberikan ganjaran kepada mereka yang berjaya membantunya.

Jemaah wanita diminta sentiasa berhati-hati

Azfar turut menasihati kepada semua jemaah khususnya wanita untuk sentiasa berhati-hati menjaga barangan berharga mereka daripada dicuri ketika solat.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas