Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Lagi Kejadian ‘Sapu Bersih’ Makanan Di Food Bank Terakam Di CCTV

Trending

(VIDEO) Lagi Kejadian ‘Sapu Bersih’ Makanan Di Food Bank Terakam Di CCTV

Belum pudar lagi kejadian yang main terdapat beberapa individu yang leka ‘memborong’ hampir keseluruhan barangan makanan harian yang disediakan di sebuah Food Bank, terjadi lagi sebuah kejadian serupa berjaya dirakam Kamera Litar Tertutup (CCTV).

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Rakaman Beberapa Individu ‘Sapu Bersih’ Makanan Di Food Bank

Sebuah video yang dimuat naik melalui laman Twitter milik @Jnmalaysia itu memaparkan sekumpulan individu yang dipercayai sebuah keluarga telah menyapu hampir keseluruhan barangan di Food Bank yang terletak di sebuah stesen minyak.

Berdasarkan pada video tersebut, kelihatan sebuah kenderaan jenis Proton Wira berwarna merah telah berhenti di stesen minyak berkenaan dan lima individu dilihat keluar daripada kereta dan terus menyapu semua barangan tersebut.

Disangka hanya ingin mengambil sekadar keperluan sahaja, namun lima individu itu nekad ‘menyapu bersih’ hampir keseluruhan barangan di food bank tersebut sebelum beredar daripada tempat itu.

Namun, lokasi serta tarikh kejadian berlaku masih tidak dapat dikenal pasti.

Video berdurasi satu minit 37 saat itu telah menjadi tular di media sosial selepas dimuat naik dan tindakan sekumpulan individu itu terus menerima kecaman daripada netizen.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen turut menzahirkan rasa marah terhadap tindakan lima individu itu yang dilihat mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan tentang orang lain yang lebih memerlukan.

Kredit: Jabatan Netizen Malaysia, Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas