Connect with us

Oh! Media

(Video) Kecoh Orang Merusuh Di Salak Selatan, Polis Nafi Dakwaan Robohkan Tokong

polis

Trending

(Video) Kecoh Orang Merusuh Di Salak Selatan, Polis Nafi Dakwaan Robohkan Tokong

Semalam tersebar video menunjukkan rusuhan yang berlaku di Salak Selatan dan mereka mendakwa ada pihak ingin merobohkan tokong. Mereka bertindak menghalang dan memecahkan mesin jentolak selain menyerang anggota polis di tempat kejadian.

ADVERTISEMENT

Terdapat lebih kurang 30 orang lelaki dan perempuan bangsa Cina datang membawa kayu dan besi. Kejadian yang berlaku pada jam 11.45 pagi hingga 4 petang itu menjadi semakin kecoh selepas mereka turut menghalang kerja pembinaan pagar penghadang hoarding oleh pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

Pihak polis bagaimanapun menepis dakwaan ingin merobohkan tokong. Pihak PTG sebenarnya sedang membina jalan untuk memudahkan murid-murid ke sekolah di kawasan berkenaan.

Dalam kejadian ini, polis menahan empat lelaki warga tempatan berumur 19 hingga 50 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan ASP Mohamad Sukri Ishak di talian 013-2165881 atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – Kata Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar.

Kredit: Cheras Story

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas