Connect with us

Oh! Media

[Video] Ibu Meremang Anak Bersungguh Gelak, Netizen Nampak ‘Orang Tua’ Sedang Agah

Trending

[Video] Ibu Meremang Anak Bersungguh Gelak, Netizen Nampak ‘Orang Tua’ Sedang Agah

Viral di TikTok perkongsian seorang wanita memaparkan anaknya yang berusia setahun dua bulan tiba-tiba gelak bersungguh walaupun tidak diagah. Dalam video berdurasi 24 saat itu, si anak dilihat memandang ke arah pintu bilik sambil ketawa.

ADVERTISEMENT

BACA: (VIDEO) Ibu Cemas, Anak Main Telefon Terakam Kelibat Di Cermin

Berdasarkan video, memang tiada siapa berada di sudut pintu tersebut, yang ada hanyalah kain sembahyang berwarna putih yang tergantung. Ibu yang berasa seram sejuk meminta pandangan netizen jika ada yang terbuka hijabnya dapat melihat makhluk halus.

@shaz_iefa #shaziefa #seram #fypシ #fypage ♬ original sound – 🌸 Gee 🌸

Sejak dimuat naik seminggu yang lalu, perkongsian ini telah meraih lebih 300,000 tontonan dan 20,000 tanda suka. Ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi netizen yang turut sama berasa ‘lain macam’. Malah, ada netizen mendakwa melihat seorang nenek tua sedang mengagah bayi tersebut.

meremang
anak
anak
tiktok

Memetik laporan mStar, ibu Shaziefa Muhammad berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 malam. Pada ketika itu dia baru selesai menukar lampin anak. Dia cuba untuk tidurkan anak namun anak tidak berhenti-henti gelak sambil memandang pintu.

Dia kemudiannya merakam kejadian bertujuan untuk rujukan sesiapa yang arif mengenai hal ini. Ibu mertua yang merujuk kepada seorang ustazah menasihatinya supaya membaca doa serta sentiasa memasang ayat-ayat al-Quran di rumah.

Katanya lagi, selepas insiden itu anaknya merengek dan tidak tidur sehingga masuk waktu Subuh. Dia tidak dapat memastikan sama ada merengek sebab lidah luka atau nampak ‘sesuatu’. Apa-apa pun, dia dan suami ada bercadang untuk berubat cara perubatan Islam.

Kredit: TikTok @shaz_iefa | mStar Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas